ulang tahun

Daisypath Friendship tickers

Sunday, December 25, 2011

holiday in P.D negeri sembilan

assalamualaikum.....haii dah lama betul tak update blog ni....cik blog xmarah an......hehehheh.....maaf la cik blog saya bz la...sekarang aku dah tak keje kat kedai perabot dah..aku dah berenti dan sambung pengajian aku yang tertangguh....sayang sangat2 bila kenang kan ape yang dah terjadi...tapi semua tu ada hikamah nya kan..so aku terima dengan hati yang terbuka...okey2 nak cerita masa holiday ni...hehehehe....aku holiday 2 hari 1 malam je...holiday kat Port Dickson je...tak jauh pun sebab isnin tu nak balik melaka nak bayar yuran..huh!!okey akustart holiday 10/12/11 - 11/12/11...kebetulan 10/12/11 ada gerhana bulan alhamdulillah aku dapat tengok gerhana dengan tuuuuttttttt...hheheheheheheh.....memang best dia bawak aku pusing2...tenang kan fikiran....dia jugak yang bagi aku pinjam kan bahunya tok aku melepaskan segala tekanan...memg sweet sangat malam tu...tankz awak...malam tu pergi makan dekat nasi ayam gemas...lepas makan pergi fun fair..heee best walaupun tak dapat ape yang aku nak tapi dapat hadiah cawan okey la..dari tak ada kan....heheheheeh memang best,,...lepas tu balik hotel online kejap pastu tido...sebelum pukul 12 kene check out...so bagun pun lambat..bagun2 je terus mandi kemas barang check out...lepas check out kami breakfast kat nasi kuku dan ayam panggang ala cowboy...hahahaah lawak la...alaa cowboy....btw memang sedap la....kebetulan 11/12/11 bezday my BFF izhar....happy bezday my beloved BFF...sayang ko sampai bila2...maaf tak ada hadiah...lepas tu aku and dia pun gerak ke melaka...samapi melaka dalam pukul 2...lepas tu aku lepak pulak dengan kawan baru daniel dan alex....time tu memang wow sangat walaupun sebelum tu dah kene warning dengan dia jangan gatal2....memang tak gatal pun.....ayang setia la bang....hahahahahah......kiteoang kareoke sampai lebam....bayar untuk 1 jam tapi dapat 2 jam..wahhh memang best la kan....samapi ada 1 lagu tu buat aku menangis....memang spoil mood betul..tetibe terdetik dalam hati "aku sayang kau sangat2...weiii benci nye dengan perkataan tu...beb aku tak kan sebut yg aku sayang ko lagi....aku janji dengan diri aku..aku akan hapus kan kau dr dalam diri aku...aku tak kan sesekali cari kau lagi...btw kalau ko nak tahu nombor ko aku dah delete...semua sekali so tak ada la aku nak text ko and call ko kan beb...azam tahun ni aku tak akan jumpe,text and call ko...aku janji beb...aku harap ko bahagia la ye beb...dah tibe mase nye aku hidup tanpe ko...maaf....okey dahtamat cite pasal dia yg aku syg+benci tu...sambung pulak lepas dah kareoke kami pun balik...aku balik naik bas daniel ang alex balik nek moto...rempit okey daniel and alex..hahahaah seminggu aku kat melaka..lepas settle semua urusan kat melaka aku pun balik ke kampung halaman..masa balik tu alex anta dengan kawan die syafiq...hehehetankz korang...sayang korang jugak....and now aku dah start prektikal..aku prektikal kat INSAN ADVERTISING TANJUNG KARANG.....setakat ni tak la tertekan mana...hahahahaha......okey nanti aku sambung lagi okey....maaf cik blog....heee love u so much cik blog.....

Wednesday, September 28, 2011

masa kecil-kecil...

assalamualaikum...fuhhh...dh berabuk dh ni...ishh..cian mrs blog sy ni..hehhe...dah beberapa hari aku dok fikir-fikir pasal zaman tadika dulu...memang best la..aku suka sangat-sangat..banyak sejarah masa zaman tadika dulu..sejarah yang tak mungkin akan berulang lagi..dari tadika ke sekolah rendah..dari sekolah rendah ke sekolah menengah..dari sekaloh menengah ke universiti atau kolej..hahahah semua orang akan mengalaminya...sama sahaja hanya mengikkut kemampuan sahaja..okey2 sambung-sambung...masa zaman tadika dula la aku cerita..dulu aku sekolah tadika kat tadika perpaduan cheras baru..aku dah lupa la siapa nama cikgu yang ajar aku tu..sebab aku tak suka dia itu yang penting..sebab dia suka marah-marah aku..bagi aku dia jahat sangat tapi dulu la..sekarang dah tak ada dah marah dia sebab kalau bukan sebab dia aku tak sampai tahap aku sekarang...tapi aku ada seorang cikgu ni baik je..suka tolong aku..nama dia pun aku lupa la..hehehe..okey2 cukup la tu cite pasal cikgu aku dulu..sekarang cite pasal kawan-kawan pulak..hee dulu aku tak ramai kawan..ada seorang tu kawan aku rapat jugak la masa tadika bile masuk sekolah rendah dah lupe kawan..huh!!okey masa tadika dulu aku aada minat kat sorang budak tu..name die hafiz..wahh ingat aku ye..hhhahaha....dia hensem tau..masa dulu ape yang aku tawu..hahaha....tapi malang nye die suka kat kawan aku yang sorang nie..tak pe la dah tak ada jodoh...hahhahhahah...tapi dulu aku ada perangai buruk.tak perlu la cerita..malu la aku..hahaha..tapi kan dalam diam ada orang yang minat aku...tapi aku tak layan..al maklumla mase tu tengah syok dengan hafiz..syok sendiri...hahahahah...tapi cite lama kan abaikan la..hahhaha...tapi yang tak boleh aku lupa kan sampai sekarang kawan aku yang india tu..huh!! aku tak suka dia..suka je gangu hidup aku..tak boleh tengok aku senang...huh!! eeeee...geram dengan dia...dah la adik beradik sama je..jahat nye die!!eee tak suka tak suka....ada ke patut ambil minuman orang tanpa kebenaran..ishh tak patut betul la..sesuka dia je...hehehhehehe...macam kenangan yang aku ada dulu..tapi sayang aku tak dapat bagi korang tengok pic2 aku yang dulu sebab dah hilang masa aku pindah dulu dari cheras ke tanjong karang...nanti aku cerita kan ye...masa akhir tahun kiterang ada buat tarian..best sangat time 2..masa tu YB kawasan tu ada turun tengok kiteorang menari...majlis tu memang meriah..hee suka sangat2..tapi aku dah lost contect dengan dorang semua..ntah2 dah tak kenal...hheee...okey la nanti aku sambung cerita pasal sekolah rendah pulak ye...aku ada 2 sekolah rendah tau..ha tunggu je la ye...nanti ada la sambungan nye...daaa
contoh aja..heee

Saturday, August 13, 2011

mencari duit yang hilang

assalamulaikum..ha kali ni aku nak buat entry pasal mencari duit yang hilang..korang nak tolong aku tak untuk mencari duit yang hilang tu...aku hilang duit tapi korang pun boleh dapat duit yang aku hilang tu..aku ni tak berapa pandai nak promot2 nie..so aku promot dengan cara aku la ye..tapi korang kalau berminat dengan bende ni korang boley inbox aku dekat facebook nanti aku akan terangkan panjang tak berapa panjang lebar tak berapa lebar...hahhahaha....kalau berminat kan korang klink link ni lepas tu daftr..free je daftr nye...bukan nye perlu bayar pun...tapi kalau korang minat lagi hanya rm 20 sahaja korang keluarkan modal dan korang akan dapat balik modal tu malah lebih dari ape yang korang  keluarkan..meh la join http://www.duitraya.biz/yanie
klik je link ni korang baca dan paham kan okey..lepas tu kalau berminat inbox la aku kat facebook
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000864185941 ni facebook aku..hope korang minat la..

Friday, August 12, 2011

cerita yang menyedihkan


kali ni aku nak share kisah yang sediy ni..menangis baca nye semalam dan hari ini baru nak post..


Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.
Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.
"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.
Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"
Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.
Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.
Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.
Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.
Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?
Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.
Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.
Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.
Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.
Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.
Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.
26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!
Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,
Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.
Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.
Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.
Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.
Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.
Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"
Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.
Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.
13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.
Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.
Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"
Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.
Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"
Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"
Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.
Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.
Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.
Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!
Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!
Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.
Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"
Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"
Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.
Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.
Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.
Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.
Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.
Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.
Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.
"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia
Abang pada tahun 2007.
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.
Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"
Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.
Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.
Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.
"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."
Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!
Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"
Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"
Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"
Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.
Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.
Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?
Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.
Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.
Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.
Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.
Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.
Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)

semoga roh nya dicucuri rahmat..amin...sama2 lah kita doa kan dia supaya di tempatkan orang2 yang soleh dan solehah...dan kepada mak dan ayah abg..semoga mereka kuat menghadapi segala ujian yang Allah berikan..amin..Al-fatihah...

Wednesday, August 10, 2011

kedai kasut bata

okey hari ini aku nak cerita yang tak berapa best la...korang baca la kalau sudi ye...ha pagi2 dah pergi kerja..lepas tu buat la apa yang patut...sapu sampah..lap2 perabot...tapi kali ini kerja aku ringgan sikit sebab dah ada pekerja baru rajin sikit....so tak ada la penat sangat kerja..hehehehe...okey2 tak perlu nak cerita panjang lebar pasal die..tak ada yang special pun kat die aku just nak cerita tentang kedai kasut BATA...ha mesti korang tawu kan jenama ni...kasut2 die memang terbaik la aku cakap dengan korang...mesti korang suka kan jenama ni walaupun mahal tapi berbaloi kan pakai nya...okey aku ni asik merepek je kan dari tadi..sebenar nya bukan nak promot tapi bende ni terjadi pagi tadi bile tangah khusyuk baca surat khabar...begini cerita nya


pakcik:pisstt..piissttt


(aku pun pandang pakcik tu)


pakcik:dik kat sini mana kedai kasut bata??


aku:hurm kat sini dah tak ada kedai bata la pakcik..setahu saya kedai tu dah tutup...tapi saya tak tahu la pindah kat mana..


pakcik:eh tak kan la tak ada..tak kan tahu kat mana..


(aku pun blur kejap)


aku:cube pakcik cari kat billion..kat situ pun ada jugak kasut jenama bata(padahal aku men hentam je tah ada ke tak hahaha)


pakcik:pakcik dah tenggok kat kedai lama tu tapi dah tutup...lepas 2 puas pakcik pusing satu tanjung karang tak ada jugak sampai seberang...kat mana ye dik kedai bata tu??


aku:kalau pakcik nak..pakcik cari kat kuala selangor..dekat situ ada kedai bata..


pakcik:adoii jauh beno...pakcik nak dekat2 je...


aku:setahu saya jelah pakcik kat kuala selangor..


pakcik:hurrmm xpe la terima kasih ye...


aku pun senyum je...


lepas je pakcik tu pergi kat kereta....adoii aku terkene la pagi ni.. apelah pakcik ni..ada kerete nak pergi kuala selangor cakap jauh..adoii lain la aku ni...tak ada pape..ishh pakcik2 saba je la saya ngan pakcik tawu...saipa park depan kedai pulak 2 kerete nya...adoiii....pengalaman aku bekerja hari ini...hahahahahhahahahahaahhaahahahahahahaha.......

cerita dulu-dulu

assalamualaikum..hari huajn..adoii sejuk nya...dengan demam nye adoii...ha kali ni aku nak share pasal satu akaun atau laman social yang dah lama aku tak jengguk iaitu myspace...ha korang ada myspace tak??kalo ad add la aku..nurul singlew..hahahah singlew la sangat aku ni...aku dapat idea pun dari kawan aku..tetibe nak share jugak la pasal myspace ni...lawak la bile baca balik status2 yang ada dalam tu...hahahah sempat jugak aku bercinta monyet dengan seorang pengkid...tp masa tu tak tahu die pengkid..sekarang baru aku tahu..heheheh...lepas tu aku jumpa lak dengan orang baru dalam myspace jugak la..dan sampai sekarang aku masih berkawan dengan die walaupun kami penah cinta cintun dulu tapi sekarang kami berkawan..sekarang bukan masa nye kot nak cari cinta ni..nanti2 la cari cinta..ada jodoh tak kemana..hahahha...tarikh aku mula2 join myspace 30 sept..taun aku lupa la..dari komen2 yang aku baca dah setahun aku ada dalam myspace..hahahha....tadi baca status2 yang penah aku tengok..lawak la..hahahah pape la aku ni....antara nya ialah..korang tengok la ye..aku ada letak kan antara2 status yang aku penah tulis..lawak bebeno la....hahahaha...pasal cinta la...balik kampung la...asgment la....hahahha boleh jadi ratu status ni..semua nak update...sampai baru bagun tido pun nak update..dulu2 la kata kan...time 2 aku baru 18..sekarang dah 20..dah tak sama dah..hahahahah....tapi memang seronok la...kalau tak ada myspace tak ada la facebook aku yang sekarang ni...hahhahaha.....dan tak ada blog aku jugak..and tak ada lka cerita myspace ni..hahahahahah.......kalau korang nak add la aku dekat myspace...insyaAllah aku app...hahahaha...selamat membaca....


http://www.duitraya.biz/yanie sambil2 2 meh la buat duit raya..raya dah hampir ni..boleh shopping sakan..jum la sama buat duit raya boleh shoping..yeiii









Nurul Singlew
 
jangan ganggu saya,saya dalm klas.............(skema skit)hahahahahahaahahahaha

Mood: