ulang tahun

Daisypath Friendship tickers

Friday, June 10, 2011

hidup bermadu

hai kali nie nak cerita pasal MADU la...tetibe semalam sampai hari nie nak cerita pasal MADU je..bukan MADU LEBAH..tapi MADU YANG KAWEN RAMAI tu..hahahahha...sejak2 demam nie..MADU lak aku fikirkan...hahahaha apa lah aku nie..aku ada la ambil sikit2 kisah MADU ni nah bace ye....


# Jangan peduli apa orang kata, peduli hanya apa yang keluarga dan suami anda kata kerana hanya mereka yang berjasa dan berkepentingan dalam hidup anda.
Masyarakat hanya tahu mengutuk, tetapi tidak tahu memberi jalan penyelesaian. Tidak berdosa hidup bermadu, tidak hina menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, dengan syarat suami anda mestilah seorang suami bukannya seorang ‘lelaki’.


# Sentiasa merendah diri dan hormati isteri pertama, biar dia marah atau mengata apa saja asalkan anda sentiasa mengalah.
Kuatkan hati dengan matlamat bahawa perkahwinan anda adalah mencari keredaan Allah melalui kebaikan suami. Jika niat jelas dan ikhlas, lama-kelamaan isteri pertama akan lembut hatinya bahkan dia boleh menjadi kawan baik.
Pasti anda akan tenang apabila madu menghubungi dan bertanyakan khabar anda di kala suami bersamanya. Lakukan perkara serupa kepadanya apabila suami bersama anda pula.


# Senangkan hati suami, dia akan menyenangkan hati anda. Bukankah semua isteri mahu disayangi suaminya?
Oleh itu, anda perlu sentiasa memainkan peranan aktif supaya hati suami selalu senang dan tenang kerana apabila hati suami senang, madu anda juga senang hatinya. Secara langsung, kebaikan itu datang kepada anda juga, hati akan terus diselubungi kebahagiaan tanpa sedikit pun rasa iri bermukim di hati.
# Jangan tamak masa dan harta, terimalah seadanya daripada suami. Ini kerana segelintir isteri yang bermadu mengimpikan masa yang panjang untuknya sedangkan dia kena ingat dia ‘datang’ kemudian.
# Sewajarnya isteri kedua mampu berdikari supaya masa santai itu dipenuhi sebaik-baiknya. Jadi, akan kurang masa untuk memikirkan yang bukan-bukan dan jangan benarkan syaitan menguasai diri.
Mana ada perempuan yang tidak cemburu? Sedikit sebanyak ada rasa cemburu di hati kerana kita hanya manusia biasa, tetapi biarlah berpada-pada dan tunjukkan juga rasa sedikit cemburu itu kepada suami supaya dia tahu yang anda sayang kepadanya.
# Ambil hati mentua sewajarnya supaya dia juga kasihkan anda dan anak seperti dia kasihkan keluarga suami anda yang satu lagi.
# Tiada siapa yang menang atau kalah dalam perhubungan seperti ini, yang penting adalah ketenangan dalam perhubungan itu.
# Sokongan keluarga sendiri sangat penting untuk wanita seperti anda, jadi anda tidak akan rasa kekurangan apabila suami tiada bersama.
# Fikirkan konsep poligami itu adalah berkongsi bukannya merampas.
Namun, ketika anda menerima lamaran bakal suami untuk bergelar isteri kedua, berhati-hatilah ketika menerima lamaran dengan meneliti beberapa perkara iaitu:
# Tanya dan lihat: Adakah dia lelaki bertanggungjawab kepada keluarga dan ibu bapanya? Jika ya, maknanya dia akan bertanggungjawab juga kepada diri anda.
# Adakah dia menjaga solat setiap kali berjumpa anda? Jika ya, maknanya dia lelaki yang tahu perkara asas.
# Adakah bakal madu anda terdidik akhlaknya? Jika ya, mudah untuk anda berbaik-baik dengannya.
# Adakah dia punya pekerjaan tetap sekian lama? Jika ya, maknanya dia tetap pendirian dan tahu maksud kehidupan.
# Adakah dia faham mengenai perkahwinan sama seperti yang anda faham?
Jika ya, mudahlah bagi anda dan dia bertolak ansur. Jika tidak, lebih baik berfikir dua kali kerana tidak semua perempuan atau lelaki kental. Ramai juga yang mengambil peluang dengan konsep poligami ini, namun hanya mereka yang berwibawa saja mampu melakukannya. 

jangan jadi macam gambar di bawah ye..ahhahahahaha


Thursday, June 9, 2011

demam ada kenangan nya

hari nie dah masuk hari kedua aku demam..aku nie bukan nak cakap besar la...aku nie susah nak dapat sakit..tapi kalau sakit macam nie la jadi nya...parah2...adeh...tak ada siapa pulak tu nak jaga...ayah kerja jauh..selalunya ayah yang jaga aku...anak manja lah katakan..hahhahahaha.....tapi bila demam nie ada benda yang aku teringat..aku ingat kan dia...i need u right now...can i???aku ingat dulu masa dia demam....dia tak nak aku balik melaka..kalau boleh aku pun tak..aku nak jaga dia..tapi kalau aku tak balik pun aku tak boleh jaga dia..dia jauh..nak pergi rumah dia pun mustahil mase tu..takut woo..hahhahaha....so aku balik la melaka tu dengan terpaksa meninggalkan dia...heheheeh...tapi tu cerita lama la...sekarang dah tak ada dah...sekarang aku pulak yang nak dia jaga aku sebab aku tengah sakit nie...heheheh...kalau lah boleh dia jaga aku..alangkah gembira nya rasa...aku tak nak masa tu berlalu dengan pantas..aku nak biar kan kami terus bersama...hahahaha...ayat tak boleh belah..hehehehhe....tak pe..tak pe...nanti ada la yang jaga aku bila aku sakit..tunggu sahaja...heheheh...

Monday, June 6, 2011

apa yang kita nak tak semesti nya kita dapat

aku benci kalau orang buat aku macam nie..apa fikir aku tak ada perasaan..tapi tak apa..nasib baik kau hanya kawan aku...ada aku kesah pulak kalau kau tak nak aku lagi dalam hidup kau...aku tak kesah la...tak hadap ye...tak semestinya kau ada kawan dengan aku..aku boleh lupa kan dia..silap besar la...kau pun tahu kan aku dengan dia macam mana..hahahah...memang silap la...silap besar la...kau siapa dalam hidup aku...aku penat la macam ni..sampai bila aku nak tipu diri sendiri aku pun tak tahu...kenapa aku selalu ingat dia???dia ingat aku tak???kenapa aku tak boleh lupa kan dia????dia macam tu tak???tapi aku rasa dia dah lupa kan aku kot...sebab dia dah tak letak pic profil dia nama aku dah..hehehehe...aku suka bila dia letak pic 2..macam ada harapan je nak kembali pada dia..hahaha..tapi sekarang nie tinggal harapan la...dia dah tuka pic profil lain..hehehe...tak apa la dah tak ada jodoh nak buat macam mana kan..terima je lah...but i still waiting u...remember okey...kalau aku dapat peluang lagi sekali..aku tak akan buat perangai stupid aku tu...aku janji aku tak akan buat..aku akan ikut segala apa yang dia cakap..betul kalau aku dapat peluang tu sekali je untuk aku ubah perangai aku...tapi peluang tu tak akan datang lagi...aku kene terima takdir tu..NURUL HARYANI HASAN please la...hehehe kawan je okey dengan dia..biar kan dia...nanti2 dia akan bersedia untuk berjumpa kau ye nurul...dia tak sedia lagi tu..kau pun sama kan nurul..kau kena kuat nurul...kuat untuk menghadapi semua ni..okey smile always :)

Saturday, June 4, 2011

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta

Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.


Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "