ulang tahun

Daisypath Friendship tickers

Monday, May 30, 2011

Tips bagi mereka yang putus cinta

Putus cinta tu sakit.Betol ke? Hehe. Sikit atau banyak tetap terasa sakitnya. Ada orang yang merana (cheewaah!) disebabkan putus cinta ni berbulan-bulan malah ada yang bertahun-tahun. Normal la tu. Kita kan manusia biasa je. Ada perasaan. Kalau orang-orang tu lain la, statik je, takde perasaan.Ada readers yang tanya aku macam mana nak hilangkan rasa sakit, tekanan akibat putus cinta ni. Aku takde la pakar sangat apatah lagi Doktor Cinta (Kahkahkah!) tapi aku kongsi je la apa yang aku tahu. Kawan-kawan terdekat aku pun ada jugak mengadu pasal masalah cinta dorang ni. Kadang-kadang aku pun tak mampu nak buat apa-apa. Sekadar menjadi pendengar yang setia, bagi kata-kata semangat, bagi dorongan je la. Jangan sampai terabaikan diri sendiri sebab cinta ni. Benda remeh temeh je kot.Ok, terus kepada tajuk utama.Apakah perkara yang perlu dilakukan untuk tenangkan hati akibat putus cinta ni?


1 Luah kepada orang yang tersayang

Luahkan & kongsi masalah yang korang hadapi dengan orang-orang yang rapat dengan korang terutamanya keluarga. Ibu adalah pendengar yang setia. Percaya la. Kongsikan dengan rakan-rakan terdekat. Sekurang-kurangnya ada yang mendengar. Meluah dapat mengurangkan tekanan dalam fikiran. Bagi sesiapa yang ada blog tu, boleh luahkan kat blog tapi jangan over sangat. Jangan risau la, pasti ada yang akan memahami, yang akan bagi kata-kata semangat.

2 Simpan semua pemberian/hadiah

Masa bersama dengan si kekasih dulu, mesti ada hadiah atau barangan yang diterima kan? Hadiah hari jadi, hari-hari biasa pun tetap dapat jugak kan? Tak payah kelentong la, aku tau. Haha. Simpan semua hadiah/barangan yang berkaitan dengan si dia. SEMUA! Jangan biarkan fikiran korang terus hanyut memikirkan si dia setiap kali terlihat apa jua barangan yang berkaitan dengan si dia. Kenapa simpan? Buang terus tak boleh ke? Sebaiknya jangan la dibuang terus. Kita tak tau apa yang akan terjadi nanti kan. Mungkin ada jodoh dengannya. Kalau nanti confirm kahwin dengan orang lain, buang terus je la. Tak payah simpan lagi semua tu. Bina hidup baru dengan insan lain.

3 Sibukkan diri dengan aktiviti yang positif

Tips yang ni dah banyak dah aku jumpa. Ada benarnya. Sibukkan diri dengan aktiviti kesukaan. Kalau korang suka memancing, pergi lah memancing sepuas-puasnya. Enjoykan diri dengan rakan-rakan. Jangan biarkan perasaan suram tu terus menyelubungi diri. Kalau suka berblogging tu teruskan menulis dengan kerap. Dengan melakukan aktiviti yang kita suka, sedikit sebanyak kita dapat mengalih fikiran kita terhadap benda lain & tidak terlalu memikrkan perkara tu.

4 Cari kawan yang berlainan jantina
Kalau korang yang putus cinta ni si gadis, berkawan la ramai-ramai dengan si jejaka & begitu lah sebaliknya. Berkawan pun jangan sampai melampaui batasan adab & agama ya? Ingat tu. So, dengan mempunyai kawan yang berlainan jantina, korang kena fikir yang korang masih ada ramai pilihan untuk dijadikan teman hidup. Masih ramai lagi yang sudi mendekati korang. Masih ramai lagi yang lebih baik. Ada paham?

5 Jangan bersendirian

Kebanyakkan orang yang putus cinta ni suka duduk sorang-sorang, bersendirian, berkurung dalam bilik dan lain-lain lagi yang seumpamanya. Jangan, jangan terlalu mengikut perasaan. Bukannya tak boleh, tapi jangan sampai terpisah dengan dunia luar. Luangkan masa dengan keluarga & kawan-kawan.

6 Ingat esok masih ada!

Dunia dah berakhirkah kalau si dia tinggalkan korang? Masa depan korang dah hancur kah kalau si dia pilih yang lain? Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk korang fokus selain masalah cinta. Ambil peluang setelah putus cinta ni untuk fokus kepada keluarga, kepada pelajaran atau kerjaya! Best tau. Dah takde komitmen, boleh fokus sepenuhnya kepada perkara lain. Bagi yang dah bekerja, boleh kumpul duit banyak-banyak.Haaa

7 Elakkan dengar lagu sedih

Dah la jiwa tengah kacau, perasaan tak menentu, layan pulak lagu jiwang. Nak masuk dengan jiwa la katakan. Jangan. Kalau macam tu yang sedih makin pedih. Dengar lagu-lagu yang memberi semangat sikit. Lagu-lagu yang memberi harapan & motivasi macam lagu Zamani Slam - Tak Mungkin Berpaling ke (Lagu ni seseorang yang suruh aku layan masa aku..aku..frust..dulu..hehe.. tapi dia sekarang macam dah lupakan aku sejak makin bahagia dengan pakwe dia tu.sob sob)

8 Kerana dirimu begitu berharga!

Jangan rendah diri kalau ditinggalkan. Ingat, korang ada SATU saja di atas muka bumi ni. Takde korang yang ke-2,ke-3 dan seterusnya. Hargai diri sendiri. Rasakan diri korang ni hebat. Mampu dapat yang lebih baik dari si dia. Dan jangan lupa muhasabahkan diri korang, jangan lupa perbaiki diri agar lebih baik di masa hadapan. Well, if you're hoping for someone better, you deserve to be better first!

9 Menangis


Ada orang cakap, entah apa-apa nangis sebab putus cinta & bla bla bla. Ada juga yang cakap don't cry over someone that won't cry over you.Ok, for me, menangis tu salah satu cara meluah perasaan. Meluah melalui titisan air mata yang deras mengalir (cheewaahh lagii untuk aku.Macam tuuttt!) Takde la, jangan la menangis sebab si dia, menangis sebab sedih dah la, nangis sebab hati sakit. Jangan ditahan kalau nak nangis tu. Makin ditahan makin tak menentu.Kalau boleh, nangis la di samping orang tersayang. Kalau boleh, nangis kat riba mak.Olololo comeyh!

10 Bayangkan bakal pasanganmu

Yang ni macam psiko diri sendiri. Kena betol-betol paham apa yang aku cakap kalau nak tips ni berkesan. Ok, korang imajinkan siapa bakal pengganti si dia. Imajin macam mana korang akan bertemu nanti, macam mana kisahnya. Imajinkan si dia yang bakal kahwin dengan korang nanti mesti comel/cute/hensem/baik/penyayang. Mesti korang rasa happy punya! Aku selalu jugak cuba (yang sebenarnya bukan cuba, memang selalu macam ni..psiko betol aku ni) Masa bawak motor sorang-sorang, mula lah start berimajinasi pasal ni nak-nak cuaca redup pula,angin sepoi-sepoi bahasa (cheeee ok cukup.) Imajin siapa yang aku bakal jumpa nanti, mesti dia tu sweet je, baik dan banyak lagi la. Tengok-tengok, aku sendiri yang terkejut sebab aku tengah tersengih tanpa aku sedari. Haaa at least boleh juga happy kan diri kan? ngeh ngeh

11 Cari pengganti

Tips yang ni aku tak galakkan sangat melainkan korang mencari pengganti tu untuk di jadikan calon isteri/suami. Boleh ke korang nak sayang orang lain dalam keadaan korang yang masih sakit & merana tu? (Cheewaaahh lagi! hehe) Lupakan la pasal couple-couple ni kalau dah putus cinta. Tapi kalau korang boleh jamin yang korang takkan permainkan insan lain semata-mata mahu mengubati hati/membalas dendam akibat putus cinta ni, boleh je cari pengganti. Dah jumpa tu kahwin je terus. Bina hidup sebaiknya. Itu yang terbaik. Tapi jangan jadi playboy/playgirl, terutamanya PLAYBOY. Cukup tak suka dengan playboy. Ingat la yang ni, kalau kita aniaya orang, esok lusa kita yang akan kena balik. Ingat tu ya?

12 Dengan mengingati Allah S.W.T., hati akan menjadi tenang

Tips ini adalah yang TERPENTING. Teguhkan pegangan agama. Perbanyakkan & pertingkatkan ibadah. Selalu berdoa agar dikurniakan hati yang tenang, diberkati hidup. Perbanyakkan solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat istikharah, solat sunat taubat & solat sunat tahajud. InsyaAllah hidup akan lebih bahagia, lebih tenang. Jangan takut untuk solat sunat istikharah (aku cakap macam ni sebab ada member-member aku cakap dorang takut nak buat) Solat istikharah tu untuk memohon petunjuk dari Allah S.W.T. dan petunjuk itu tak semestinya datag dalam bentuk mimpi, ada yang datang dalam bentuk gerak hati kita dan lain-lain lagi. Ya, aku pernah & selalu buat solat sunat Istikharah ni dan apa yang terjadi itu ada hikmahnya & itu lah yang terbaik.

Tips yang aku kongsikan ni bukan la boleh menjamin keberkesanannya, apa yang penting, diri sendiri yang mahu, diri sendiri yang ingin keluar dari kesuraman itu. Jangan mudah berputus asa kepada sesuatu yang sudah menjadi perkara yang remeh temeh.Ingat,semua yang terjadi ada hikmahnya, ada baik buruknya. Bagi yang beragama Islam, dekati diri kepada Allah S.W.T, perbanyakkan bermohon kepada-Nya agar ditenangkan hati.

p/s: Dulu, aku selalu pujuk diri aku dengan ayat ni, "Jodoh tu di tangan Allah.. buat apa nak risau 
akan perkara yang sudah ditetapkan-Nya? Pasti yang ditetapkan Allah itu adalah yang terbaik.Pasti! Jadi, perlu ke risau? Pasti di penghujungnya yang terbaik menanti."



Friday, May 13, 2011

setiap kenangan ada bersama kamu..heheh..

assalamualaikum..hai kawan2...aku nak cerita sikit je ni..kejap tau sebelum tu layan lagu2 ni dulu tau....


aku pun tah paham kenapa aku macam ni..padahal dah tawu tu yang die dah ada orang lain..adooiiii parah aku ni..hehhe....dah tu nak buat macam mana..cinta itu buta..(tak pasal2 salah kan cinta sebab tak ada mate..haahha)eh tah ada lah..sebab kan cinta aku macam ini..mengharap sesuatu yang bukan milik aku..perghh parah..hhahahah...kawan2 ada ubat macam mana nak hilang kan rasa sayang dan cinta kita pada orang yang kita sayang dan cinta itu.."kekuatan cinta kita tak pernah rapuh terhapus ruang dan waktu percayakan kesetian ini pada ketulusan a a ai aishiteru...lalalalalaal"....setiap kali dengar aku mesti ingat dia..tapi aku cepat2 hilangkan perasaan itu..aku tak nak!!sakit nye ya ampun...dah la malas nak cerita banyak2..layan jelah lagu2 ni...

Sunday, May 8, 2011

majlis anugerah pelajar anak asnaf cemerlang 7/5/11

assalamualaikum...hai kawan2..kali ini aku nak buat entry pasal INTEKMA RESORT & CONVETION CENTRE SHAH ALAM...apa aku buat kat sini kan..mesti korang nak tahukan..hahaha..aku nak bagi tahu aku dapat ANUGERAH PELAJAR ANAK ASNAF CEMERLANG pada 07.MEI.2011..ehehhe..aku bangga dan aku tak malu pun aku ANAK ASNAF...kalau karang nak cakap apa pun aku tak kesah..aku sedar diri aku ni miskin...so ada aku heran pulak orang nak cakap apa.heheh...
ini lah tempat aku pergi....INTEKMA RESORT & CONVENTION  CENTRE SHAH ALAM..
 ini antara anak2 asnaf yang cemerlang...kami dapat hadiah tau...nanti aku bagi tahu apa hadiah nya...
 ha!!!!!!!!!ini lah hadiah nya..kami dapat komputer riba @ laptop sorang satu...suka nya..hahahahahhahaha
 ini gambar kenangan kami di resort itu...
 kami seramai 7 orang dapat laptop..6 perempuan 1 lelaki...2 dari politeknik sabak bernam,1 uitm shah alam,1 melaka,1 penang,1 kedah..yang tulis name negeri tu mana nya aku lupa lah..ahehheeh..lagi sorang lagi aku lupa..maaf kawan2.....
 ini laptop yang aku apat tu...laptop HP..cantik...mahal lagi tu..hahahahahahahahaha.....best tau dapat ni..yang sampai kan tu TUAN HAJI MARZUKI..orang besar LEMBAGA ZAKAT SELANGOR..masa tu pun ramai budak2 sekolah..seluruh selangor ada..diaorang ambil sijil UPSR,PSRA,PMR,SPM..diaorang dapat duit dari rm 300 sampai rm 400..banyak tu..hahahah...tahniah pada semua nya..harap semua nya akan cemerlang sampai bila2..aku doa kan korang okey....smile always...

Thursday, May 5, 2011

cinta memang tak harus miliki,,,,

assalamualaikum...hamboii kali ini aku nak berjiwang kejap la...hahaha...lagu SUDAH DARI NIDJI..lagu ini best tau..aku dapat dari mebe aku..kiteorang jiwang2 malam tadi tapi pagi ini baru nak tulis entry ini..hehehehh..korang kene layan tau lagu ini...lagu ni aku tujukan khas untuk EX BF aku yang aku paling sayang...tak ada siapa dapat ganti tempat dia dalam hati aku ini..sayang dan cinta aku hanya untuk dia...tapi macam salah satu lirik lagu ni...CINTA MEMANG TAK HARUS MILIKI...ye aku tawu aku memang tak harus miliki cinta dia yang indah itu...cinta itu untuk orang yang betul2 layak memiliki nya...tak ape la kamu..aku akan sentiasa sayang kamu...meh la kita sama2 layan lagu ni...huhu...